Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penumpang kereta api Shinkansen terkandas selama empat jam

    TOKYO, 30 DIS – Gangguan bekalan elektrik menyebabkan 260 penumpang kereta api laju Shinkansen terkandas selama kira-kira empat jam di utara Jepun, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua hari ini.

    Kereta api yang dalam perjalanan ke Akita dari Tokyo itu berhenti di antara stesen Kakunodate dan Omagari di wilayah Akita apabila bekalan elektrik terputus sekitar 10.35 malam waktu tempatan kelmarin, lapor penyiar awam NHK.

    Alat pemanas dan sumber kuasa dalam gerabak turut terjejas, menurut laporan itu.

    Operator JR East telah memindahkan semua penumpang ke Stesen Omagari menggunakan bas dan teksi. – Bernama

    Foto yang diambil pada 25 Julai ini menunjukkan kereta api laju shinkansen diparkir di Stesen Tokyo, Jepun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda