Penumpang mengamuk paksa pesawat dilencongkan

CALIFORNIA, 4 Jan – Pesawat dalam penerbangan dari Australia ke San Francisco terpaksa dilencongkan ke New Zealand selepas seorang penumpang yang tidak dapat dikawal memaki hamun kru dan penumpang lain.

Saksi, Neil Kay, memberitahu lelaki berkenaan marah apabila dua penumpang di barisan tempat duduk sama dengannya berbual sesama sendiri dalam penerbangan pada hari pertama Tahun Baru itu.

Lelaki terbabit duduk di tengah antara kedua-dua penumpang berkenaan.

“Itu yang menyebabkan dia marah dan melompat serta mula menjerit. Urat kelihatan timbul di lehernya,” kata Kay.

Gambar fail pada 1 Januari 2017 menunjukkan seorang pegawai polis ketika mengiringi  penumpang (kanan) turun dari pesawat selepas penerbangan United Airlines dalam perjalanan dari Sydney ke San Francisco dilencongkan ke Auckland, New Zealand. – AP

Kejadian berlanjutan beberapa jam, pada satu ketika dia mengambil tin soda dari tempat minuman dan membalingnya, sebelum kru memutuskan untuk berpatah balik dan mendarat di Auckland.

Jurucakap syarikat penerbangan United, Erin Benson berkata, pesawat dilencongkan kerana penumpang gagal mengikut arah kru. – AP