Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Penumpang udara dijangka cecah 49 juta hujung 2022

    SEPANG, 13 SEPT – Malaysia dijangka mencatatkan jumlah trafik penumpang udara antara 32.6 juta dan 49 juta penumpang menjelang hujung tahun ini berikutan pertumbuhan positif ditunjukkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

    Beliau berkata statistik Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menunjukkan jumlah trafik penumpang udara negara meningkat 574.6 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu mencapai kira-kira 16.3 juta penumpang.

    Berucap pada majlis pelancaran Progam Keselamatan Penerbangan Kebangsaan (SSP) di sini hari ini, Wee berkata jumlah pergerakan pesawat bagi enam bulan pertama tahun ini adalah 288,076 pergerakan.

    Menurutnya bagi jumlah trafik kargo udara untuk tahun ini pula, dijangka berkembang antara 3.9 peratus dan 6.7 peratus berbanding 2021, iaitu antara 21.5 bilion hingga 22 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK). – Bernama

    Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong melawat Pusat Kawalan Koordinasi Mencari dan Menyelamat selepas melancarkan Program Keselamatan Penerbangan Kebangsaan di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...