Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penunggang basikal mabuk akan dihukum

    TOKYO, 30 OGOS – Jepun hari ini memutuskan untuk melaksanakan pindaan Akta Lalu Lintas Jalan pada 1 November, yang memperkenalkan hukuman penjara dan denda bagi mereka yang menunggang basikal di bawah pengaruh alkohol atau membahayakan lalu lintas dengan menggunakan telefon bimbit semasa menunggang, lapor agensi berita Kyodo.

    Kerajaan juga memutuskan untuk membolehkan polis mengarahkan pesalah berulang untuk mengikuti kursus wajib mengenai keselamatan berbasikal, satu langkah yang dijangka berkuat kuasa pada hari yang sama.

    Jika disabit kesalahan, mereka yang didapati menunggang basikal sambil menggunakan telefon boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga 100,000 yen.

    Mereka yang disabit kesalahan menunggang basikal melebihi had alkohol yang ditetapkan di jalan raya boleh menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sebanyak 500,000 yen. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda