Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Arikchely Arikah dari Sabah, Malaysia muncul juara dalam kategori Lelaki Terbuka 50km Siri Pertama Bear Hill Ultra Trail (BHUT) Brunei Loop di Bukit Beruang, Daerah Tutong baru-baru ini.
Pasukan dari Brunei Darussalam, Hardy Morsidi dan Amir Fakhri masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Manakala bagi kategori Terbuka Wanita 50km, Mailin dari Sabah, Malaysia dinobatkan sebagai pemenang.
Sementara itu, pasangan dari Negara Brunei Darussalam, Leha Kooh dan Noy Zain masing-masing sebagai naib juara dan tempat ketiga.
Antara matlamat cabaran tersebut diadakan adalah sebagai acara terakhir sebelum bulan Ramadan dan mempromosikan aktiviti rekreasi terutamanya melalui kayuhan trek di Bukit Beruang kepada orang ramai.
Pengerusi BHUT, Aqzi Heng binti Haji Mohammad Affandi hadir menyampaikan hadiah bagi acara tersebut.
Sembilan kategori dipertandingkan termasuk empat kategori meliputi jarak 30km dan lima kategori sejauh 50km.
Lapan peserta dari luar negara turut menyertai acara tersebut.