Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seorang penunggang motosikal mengalami cedera serius apabila bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian yang berlaku di kawasan Jalan Sungai Teraban, Kuala Belait, kelmarin.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, Balai Polis Kuala Belait telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 7:35 malam.
Pemandu kereta dan penunggang motosikal berkenaan telah dibawa ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait oleh anggota paramedik.
Punca kemalangan masih dalam siasatan memandangkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan serius.