Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penunggang motosikal ‘ditelan’ lubang benam di Seoul

    SEOUL, 25 MAC – Seorang penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam lubang benam di Seoul telah ditemukan dalam keadaan jantung terhenti pada hari ini, lapor agensi berita Yonhap.

    Lubang benam berukuran 20 meter lebar dan 20 meter dalam itu tiba-tiba muncul pada Isnin di sebuah persimpangan berhampiran sebuah sekolah rendah di Gangdong Ward, timur Seoul sekitar 6:29 petang waktu tempatan.

    Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit terjatuh ke dalam lubang, sementara seorang lagi pemandu kenderaan mengalami kecederaan selepas melalui kawasan itu, tepat sebelum lubang terbentuk.

    “Mangsa, seorang lelaki dalam lingkungan 30an ditemukan dalam keadaan jantung terhenti pada 11:22 pagi,” kata seorang pegawai bomba di Gangdong Ward dalam satu taklimat kepada media. 

    Mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. 

    Pihak berkuasa menemukan sebuah telefon bimbit yang dipercayai milik penunggang motosikal berkenaan pada 1:37 pagi, sebelum motosikalnya dijumpai kira-kira dua jam kemudian, lebih kurang 30 meter dari lokasi lubang benam terbentuk. 

    Atas faktor keselamatan, empat sekolah di kawasan berhampiran iaitu Sekolah Rendah Seoul Daemyeong, Sekolah Menengah dan Tinggi Hanyoung serta Sekolah Tinggi Bahasa Asing Hanyoung ditutup pada hari ini. – Bernama

    Pihak berkuasa penyelamat memeriksa lubang benam di persimpangan Seoul, Korea Selatan, pada 25 Mac 2025. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda