Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penunggang motosikal maut, nahas jalan raya

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 23 FEB – Seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia, hari ini, selepas terlibat dalam kemalangan kereta dan motosikal di kawasan Jalan Labu, Kampung Perdayan, Daerah Temburong.

    Pihak polis telah mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 11:16 pagi dan segera mengaktifkan keanggotaan Balai Polis Bangar untuk menjalankan siasatan.

    Sejurus tiba di tempat kejadian, seorang penunggang motosikal didapati terbaring di jalan raya dan dikejarkan ke Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM) Temburong serta disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas akibat mengalami beberapa kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan badan disebabkan kemalangan itu.

    Siasatan polis mengesahkan mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 60 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan dari Bangar menghala ke Labu.

    Walau bagaimanapun, semasa mangsa berada di kawasan Jalan Labu berdekatan
    gerai sayur telah berlaku kejadian pelanggaran dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga penduduk tetap berumur 51 tahun.

    Namun, pihak polis menjelaskan punca kemalangan masih dalam siasatan.

    Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya, turut mengingatkan dan menegaskan kepada semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berwaspada semasa memandu dan jangan mengambil remeh dan leka akan peraturan dan etika semasa pemanduan di jalan raya.

    Kemalangan melibatkan kereta dan motosikal di kawasan Jalan Labu, Kampung Perdayan, Daerah Temburong. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda