Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 29 Jan – Seorang penunggang motosikal yang juga kakitangan syarikat telekomunikasi, terlibat dalam kemalangan di Lebuh raya Muara-Tutong dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) semalam.
Pasukan Polis Diraja Brunei, Balai Polis Tutong telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan membabitkan motosikal di kawasan KM68.9 Lebuh raya Muara-Tutong pada jam 5:47 petang semalam.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki dan disahkan meninggal dunia di Hospital RIPAS. Punca kemalangan bagaimanapun masih lagi disiasat.