TUTONG, 1 April – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di KM68.4 Lebuh raya Tutong-Seria awal pagi tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, Balai Polis Tutong menerima panggilan kecemasan di talian 993 pada jam 6:30 pagi dan mengerahkan pasukan polis ke tempat kejadian.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)