Oleh Yusrin Junaidi
BELAIT, 29 JUN- Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori yang berlaku di kawasan Telisai menghala Kuala Belait KM 40.2 kelmarin.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan kejadian kemalangan jalan raya berkenaan dengan mangsa yang maut adalah seorang warganegara Malaysia.
Menurut kenyataan, Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima panggilan kecemasan tersebut melalui talian kecemasan 993 pada 28 Jun 2023 sekitar jam 8:30 pagi, kelmarin berhubung satu kejadian kemalangan maut.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.