HONG KONG, 30 APRIL – Penunjuk perasaan pro-demokrasi ingin menghidupkan semula gerakan mereka selepas tempoh perintah berkurung berikutan kemarahan yang meluap-luap terhadap China.
Beberapa hari lalu mereka mengadakan perhimpunan ‘flashmob’ dan turut berhasrat untuk mengadakan protes yang lebih besar dijangkakan pada sambutan Hari Pekerja, esok. Untuk rekod, demonstrasi dengan unsur keganasan yang berlaku tahun lalu melumpuhkan bandar yang dihuni 7 juta penduduk dalam tempoh berbulan-bulan, ia berpunca daripada kemarahan terhadap Beijing yang cuba menyekat kebebasan mereka. – AFP