Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penunjuk perasaan Israel sekat trak bantuan ke Gaza

    KEREM SHALOM, 29 JAN – Para penunjuk perasaan Israel kelmarin menyekat trak bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza yang dilanda perang, memaksa lori-lori berpatah balik di perbatasan dengan wilayah Palestin itu.

    Beratus-ratus orang berhimpun dalam protes terkini di lintasan Kerem Shalom, walaupun tentera berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah mengisytiharkan kawasan itu sebagai ‘zon tentera tertutup’.

    Penunjuk perasaan, sesetengah daripada mereka mempunyai hubungan dengan keluarga tebusan yang ditahan di Gaza, telah berkumpul di sana selama beberapa hari untuk membantah bantuan yang dihantar ke wilayah yang dikatakan pegawai-pegawai PBB berada di ambang malapetaka.

    “Kami tidak mahu apa-apa masuk ke Gaza kerana segala yang masuk… ke Gaza akan sampai terus kepada pengganas dan kami tidak mahu itu,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Shoshi Strikowski kepada AFP.

    Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague telah memutuskan bahawa Israel mesti memudahkan bantuan kemanusiaan yang ‘diperlukan segera’ ke wilayah Palestin, yang telah berada di bawah pengeboman dan pengepungan tanpa henti sejak serangan pada 7 Oktober oleh Hamas.

    Hanya dua lintasan sempadan digunakan untuk penghantaran bantuan kepada kira-kira 2.4 juta penduduk Gaza iaitu lintasan Kerem Shalom di selatan Israel dan lintasan Rafah di Mesir. – AFP

    Pasukan Keselamatan Israel mengawal di hadapan trak bantuan semasa para penunjuk perasaan Israel mengibarkan bendera bertujuan menghalang trak tersebut daripada memasuki wilayah Palestin, di sempadan Kerem Shalom, Israel. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda