BEIJING, 30 NOV – Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Guangzhou, menurut saksi dan rakaman, sebahagian daripada gelombang demonstrasi di seluruh China yang tercetus akibat sekatan COVID.
Video di media sosial menunjukkan anggota keselamatan dilengkapi sut perlindungan diri membentuk barisan bahu ke bahu serta menggunakan perisai rusuhan membanjiri jalan di daerah Haizhu.
Rakaman secara geo oleh AFP menunjukkan perusuh menjerit ketika mereka membaling objek ke arah polis, selain puluhan lelaki ditahan dengan tangan mereka diikat dengan kabel. – AFP