Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penuntut cemerlang dianugerahkan biasiswa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penganugerahan Biasiswa Kementerian Pertahanan bagi tahun 2019 kepada seorang penuntut dari Pusat Tingkatan Enam, Tutong.

    Awang Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin telah diperkenankan untuk dianugerahkan Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan akan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Elektronik dan Sistem Teknologi Maklumat di United States Military Academy – Westpoint, Amerika Syarikat.

    Majlis penandatanganan perjanjian dan penganugerahan biasiswa berkenaan telah berlangsung di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan, hari ini.

    Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian dan penganugerahan biasiswa tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, para pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, ahli-ahli Badan Proses Pemilihan Biasiswa, ibu bapa penerima biasiswa, pengetua-pengetua, guru dan penerima biasiswa Kementerian Pertahanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda