Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penuntut kurang berkemampuan, pelarian Rohingya dibantu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Acara hujung tahun Yes Letop 2018 yang berakhir hari ini, tidak ketinggalan menyelitkan acara amal bagi mereka yang memerlukan bantuan menjelang musim persekolahan dan juga kepada pelarian Rohingya.

    Pada acara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas itu, kempen ‘Backpack Drive’ bersama Kelab Sukarelawan Almas dan ‘Project Shoes 4 School’ diungkayahkan Generasi Berkarih, bertujuan membantu para penuntut yang kurang berkemampuan dengan persediaan kembali ke sekolah.

    Orang ramai hadir dengan membantu menyediakan satu beg sekolah serta barangan tulis seperti pensel warna dan pemadam melalui aktiviti ‘Backpack Drive’ manakala setiap pembelian kasut dari ‘Project Shoes 4 School’ pula, sepasang kasut akan didermakan kepada seorang penuntut yang kurang berkemampuan.

    Para pengunjung juga berpeluang membantu pelarian Rohingya terutama kalangan kanak-kanak dengan mendermakan buku supaya mereka tidak ketinggalan dalam proses pendidikan mereka.

    Acara juga dimeriahkan dengan kempen menderma darah yang berlangsung kelmarin dengan 25 orang penderma darah mengambil Bahagian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda