Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penurapan asfalt di jambatan lebuh raya Lumut-Belait

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 11 JAN – Separuh jalan di jambatan lebuh raya Lumut-Belait berdekatan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut akan ditutup sementara bermula 11 hingga 20 Januari dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengongsikan, penutupan sementara separuh jalan itu adalah disebabkan kerja penurapan asfalt di jalan ke jambatan tersebut. Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan itu.

    Lokasi kerja penurapan asfalt di Jambatan Lebuh raya Lumut-Belait berdekatan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda