Tuesday, November 26, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penurapan aspal di Jambatan Sungai Bera

    Oleh Salawati Haji Yahya

    KUALA BELAIT, 7 APRIL – Separuh jalan di Jambatan Sungai Bera, Lebuhraya Lumut-Seria menghala Lumut ditutup sementara mulai hari ini hingga 10 April dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menjelaskan bahawa penutupan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan ke jambatan berkenaan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Bera, Lebuhraya Lumut-Seria menghala Lumut. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda