Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    Penurunan harga telur: Pengguna Sabah, Sarawak lega, kurang kos perbelanjaan

    KUALA LUMPUR, 18 JUN – Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C sebanyak tiga sen sebiji yang berkuat kuasa semalam memberi kelegaaan kepada penduduk di Malaysia Timur.

    Di Sabah, Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia negeri, David Chan berkata rakyat hari ini khususnya golongan B40 masih bergantung kepada sumber telur dan ayam sebagai makanan harian dan pasti akan membebankan mereka jika harga diapung kepada pasaran bebas.

    Selain itu, para peniaga berkaitan produk ayam dan telur juga akan terbeban untuk beroperasi melainkan terpaksa menaikkan harga sekali gus menjejaskan jualan.

    “Hari ini sumber telur dan ayam amat rapat dengan kehidupan dan kita bimbang jika harganya tidak dikawal akan menyebabkan banyak pihak terjejas memandangkan ramai masih berdepan pelbagai isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

    “Ini (penurunan harga runcit telur) sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menjalani kehidupan harian,” katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu semalam.

    Berdasarkan pengumuman itu, harga runcit baharu bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing ditetapkan 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji, berkuat kuasa semalam.

    Di Sarawak, Presiden Persatuan Suara Konsumer Sarawak (Covas), Michael Tiong menyifatkan penurunan sebanyak tiga sen itu sebagai isyarat positif berkenaan kepekaan kerajaan terhadap keperluan asas rakyat untuk meringankan beban mereka.

    Menurut beliau, langkah penurunan harga telur memberikan kesan positif kepada penggunaan sekali gus mampu menstabilkan harga barang keperluan asas lain dengan memberi penekanan kepada peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

    “Jika peniaga masih menaikkan harga barang, kerajaan harus bertindak tegas untuk memastikan penurunan harga yang diumumkan benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya kepada Bernama.– Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...