Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan jalan di Jambatan Sungai Matang

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Matang, Lebuh raya Telisai-Lumut bermula hari ini hingga 15 September.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 5 petang itu adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan dinding pagar di jambatan berkenaan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Rajah menunjukkan lokasi penutupan jalan di Lebuh raya Telisai-Lumut sehingga 15 September. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda