Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan jalan Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah malam ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Jabatan kerja Raya (JKR) memaklumkan akan berlaku penutupan sementara sepenuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah hari ini sehingga kerja-kerja selesai dari pukul 9.30 malam hingga 5 pagi dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Penutupan sementara ini adalah disebabkan kerja penurapan aspal di Lebuharaya Sultan Hassanal Bolkiah menuju jejambat Lebuhraya Tungku menghala pusat Bandar.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif, selain itu pengguna jalan berkenaan juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Gambar menunjukkan lokasi penutupan sementara sepenuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah bermula pukul 9.30 malam, hari ini. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda