Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Jalan susur di Lebuh raya Muara-Tutong (Hala Muara dan Tutong) menuju Jerudong Park Country Club dan di Simpang 591, Jalan Jerudong, akan ditutup sementara sepenuh jalan di kawasan Jerudong pada 12 Oktober ini.
Penutupan yang bermula pada pukul 3 petang hingga 10 malam itu adalah disebabkan acara bunga api sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun.
Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

