Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan jalan sempena Karnival PEKERUPA 2025

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 24 JUN – Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria memaklumkan bahawa sebahagian jalan di Jalan Sungai akan ditutup kepada kenderaan mulai 24 hingga 30 Jun sempena acara Karnival PEKERUPA 2025 bertemakan Mapit Mapit Li Long Belait iaitu Singgah-Singgah Lah Ke Belait.

    Dalam satu kenyataan akhbar, pihak lembaga menjelaskan bahawa penutupan jalan berkenaan melibatkan kawasan bermula dari persimpangan Jalan Sungai dengan Jalan Petai sehingga ke persimpangan seterusnya dengan Jalan Simpur.

    Langkah ini diambil bagi memastikan aktiviti-aktiviti karnival dapat dijalankan dengan selamat sebagai sebahagian daripada acara yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Ketua-ketua Rumah Panjang Daerah Belait (PEKERUPA).

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penutupan jalan ini bolehlah menghubungi Bahagian Pengurusan Letak Kereta di Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria menerusi talian 3330781 sambungan Pengurusan Letak Kereta, Kuala Belait.

    Sebahagian jalan di Jalan Sungai yang akan ditutup. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda