BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Jabatan Perkhidmatan Elektrik memaklumkan bahawa semua kaunter pembayaran dan kaunter pembelian token meter pra-bayar akan ditutup pada Isnin, 1 Januari 2018.
Penutupan kaunter pada hari berkenaan adalah sempena cuti Tahun Baru 2018. Orang ramai yang ingin membeli token meter pra-bayar bolehlah membeli melalui Mesin Deposit Tunai (CDM), PowerKad dan perbankan dalam talian.
Jabatan Perkhidmatan Elektrik dalam kenyataannya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.