BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Kaunter pembayaran bil air di Jabatan Perkhidmatan Air, Tasek Lama dan Cawangan Jabatan Perkhidmatan Air, Jerudong akan ditutup pada 31 Mac.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini hari ini, penutupan adalah disebabkan kiraan akhir tahun kewangan.
JKR memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Bagi sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi jabatan di Talian Darussalam 123 / Live Chat Channel 123 (+673-8333123), Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn