Wednesday, April 2, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan kaunter TAP sempena Aidilfitri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter perkhidmatan di semua cawangan dan Pusat Panggilan TAP akan ditutup sempena hari kelepasan awam bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan Syawal 1446 Hijrah.
     
    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TAP, jika 1 Syawal jatuh pada 31 Mac, maka kaunter perkhidmatan dan pusat panggilan TAP akan ditutup pada hari tersebut sehingga 2 April dan akan kembali beroperasi pada 3 April. Manakala jika 1 Syawal jatuh pada 1 April, kaunter perkhidmatan dan pusat panggilan TAP akan ditutup pada 1 April hingga 3 April dan akan kembali beroperasi pada 4 April. Sementara itu, menurut kenyataan, memandangkan 31 Mac merupakan akhir Tahun Kewangan TAP 2024-2025, perkhidmatan dalam talianTAP, e-Amanah di www.tap.com.bn masih boleh diakses oleh  ahli tetapi akan terhad kepada urusan pertanyaan sahaja melalui kemudahan inbox
     
    Manakala perkhidmatan kiosk e-Info TAP tidak akan beroperasi pada hari tersebut.
     
      Perkhidmatan-perkhidmatan seperti mendapatkan jumlah simpanan SPK, mendapatkan penyata akaun, urusan pendaftaran, pembayaran caruman, permohonan pengeluaran melalui e-Amanah akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 1 April 2024. 
     
    Untuk sebarang perta-nyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 atau melalui emel ask@tap.com.bn semasa waktu bekerja. Bagi mengetahui perkembangan terkini, ikuti laman media sosial TAP melalui Facebook atau @TAP_Brunei melalui Instagram.
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda