BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Jabatan Muzium-muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan ini memaklumkan orang ramai bahawa muzium-muzium dan galeri di bawah Jabatan Muzium-muzium akan ditutup pada 9 November 2019M bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1441H.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Muzium-Muzium di sini, penutupan tersebut adalah bersempena dengan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW yang diadakan pada hari berkenaan.
Penutup muzium-muzium dan galeri berkenaan ialah Muzium Teknologi Melayu, Muzium Alat Kebesaran Diraja, Taman Warisan Tasek Merimbun, Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan, Muzium Maritim Brunei Darussalam, Galeri Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait.
Sementara itu Muzium Brunei masih ditutup untuk kunjungan orang ramai.
Sementara itu, waktu lawatan dewan-dewan pameran dan galeri di bawah pentadbiran Jabatan Muzium-muzium pada hari-hari biasa adalah pada Hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari Jumaat dibuka dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 5 petang, kecuali Muzium Daerah Belait, waktu lawatan ialah setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat. (Pintu dewan I galeri akan ditutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir).