Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penutupan sebahagian jalan di Lebuhraya Tungku

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutama para pengguna lebuhraya mengenai penutupan separuh jalan di Lebuhraya Tungku di kedua-dua hala lorong kiri bermula 15 September sehingga 14 Oktober ini, bermula jam 10 malam hingga 4:30 pagi.

    Menurut kenyataan yang diterima dari JKR, hari ini, penutupan separuh jalan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pencantasan dahan-dahan dan pemotongan pokok di sepanjang Lebuhraya Tungku dilaksanakan.

    Jabatan tersebut turut menasihatkan para pengguna lebuh raya supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

    Untuk sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat TD 123 (8333123) atau e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan separuh jalan di Lebuhraya Tungku yang akan ditutup bermula 15 September hingga 14 Oktober ini. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...