Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sekolah diteruskan

    LOS ANGELES, 18 MAC – Lebih dari enam juta kanak-kanak di negeri terbesar di AS, California, berkemungkinan besar tidak akan kembali ke sekolah tahun akademik ini, Gabenor Gavin Newson berkata kelmarin, menyeru pihak keluarga untuk menjangkakan perintah berkurung yang berpanjangan disebabkan oleh pandemik koronavirus.

    Setakat ini, 98.8 peratus sekolah-sekolah di negeri pantai barat telah ditutup bagi memperlahankan penularan penyakit tersebut, dengan institusi selebihnya berada di daerah perkampungan kecil yang dijangka akan ditutup tidak lama lagi.

    “Saya ingin rancang dan merasakan bahawa sekolah-sekolah mungkin tidak akan dibuka. Hanya sebilangan kecil, jika ia dibuka sebelum cuti musim panas,” kata Newsom, menyifatkan situasi ini sebagai ‘menyedihkan’.

    Sekolah-sekolah di California selalunya dibuka semula dari percutian musim panas pada bulan Ogos atau September.

    Dana kecemasan telah ditetapkan untuk membiayai pembelajaran dalam talian dari rumah, serta makanan sekolah percuma atau diberikan diskaun kepada keluarga-keluarga yang memerlukan, kata Newsom. – AFP

    Lebih dari enam juta kanak-kanak di California mungkin tidak akan kembali ke sekolah tahun akademik ini, selepas diumumkan oleh Gabenor Gavin Newson, untuk memperlahankan penularan pandemik koronavirus.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda