Penutupan sementara 3 jalan susur di Jerudong

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan tiga jalan susur Lebuh raya Muara-Tutong di Kampung Jerudong akan ditutup sementara pada tarikh berlainan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, di sini, hari ini, jalan susur dari Lebuhraya Muara-Tutong (hala Muara) menuju Jalan Jerudong (hala Sengkurong) akan ditutup sementara esok (16 Jun) bermula 7 pagi.

Jalan susur dari Jalan Jerudong (hala Pantai Jerudong) menuju Lebuhraya Muara-Tutong (hala Muara) pula akan ditutup sementara pada 23 Jun juga bermula 7 pagi.

Sementara itu, jalan susur ke Lebuhraya Muara-Tutong (hala Muara) dari Jalan Jerudong (hala Sengkurong) akan ditutup sementara pada 30 Jun bermula 7 pagi.

Kenyataan menjelaskan, penutupan jalan-jalan susur berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya di kawasan berkenaan dapat dilaksanakan.

Jalan raya berkenaan akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan berkenaan selesai dilaksanakan. Para pengguna jalan raya bolehlah menggunakan jalan-jalan alternatif yang berdekatan untuk melalui ke kawasan yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat berhati-hati dan sentiasa mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]

Jalan susur dari Lebuhraya Muara- Tutong (hala Muara) menuju Jalan Jerudong (hala Sengkurong) akan ditutup.