Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan JKR
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Utama Berakas dan Jalan Utama Terunjing bermula 2 Oktober hingga 14 Oktober dari pukul 8.00 malam hingga pukul 5.00 pagi.
JKR menyatakan bahawa penutup sementara sebahagian jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan di jalan-jalan itu untuk dilaksanakan.
Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/10/Sebahagian-Jalan-Utama-Berakas-Gambar-serahan-JKR.png)