Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 27 MAC – Penutupan sementara jalan berdekatan dengan Jalan Lorong Bunga Melor, Seria akan dilaksanakan selama dua minggu bermula hari ini pada pukul 8 pagi.

    Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan berkenaan dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan dan diingatkan memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan tersebut.

    Lokasi penutupan jalan berdekatan dengan Jalan Lorong Bunga Melor, Seria.- Gambar serahan JKR

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda