Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara jalan bagi kerja pemasangan loop sensor

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Separuh jalan di persimpangan lampu isyarat J82 Jalan Bengkurong Masin/Jalan Penghubung Junjungan akan ditutup sementara bermula esok hingga 15 Januari.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan bahawa penutupan yang bermula jam 11 malam hingga pukul 4 pagi (tertakluk kepada keadaan cuaca), itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan loop sensor.

    Dalam hubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya bagi memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J82 Jalan Bengkurong Masin/Jalan Penghubung Junjungan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda