Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara jalan bagi pemasangan lampu isyarat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kasat / Jalan Lumapas bermula hari ini hingga 30 Januari.

    JKR menyatakan bahawa penutupan dari pukul 10 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca, berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan lampu isyarat baharu untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, jabatan tersebut menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk menggunakan jalan alternatif dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan itu.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kasat / Jalan Lumapas. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda