Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara Jalan Bunga Rambai

    Oleh Sim Y. H.

    BELAIT, 9 MEI – Sebahagian jalan di Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait akan ditutup sementara selama dua minggu bermula 11 Mei jam 8 pagi.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya, menjelaskan penutupan sementara itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan itu.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan lencongan yang ada di kawasan berkenaan serta disarankan bagi memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati apabila melalui jalan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda