Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara jalan di Hospital RIPAS

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara jalan menuju ke Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) esok (25 November).

    Kementerian Kesihatan menyatakan lagi bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja penurapan asfalt di jalan berkenaan, dari pukul 9 malam hingga 6 pagi tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Oleh itu, bagi pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan, mereka boleh menggunakan jalan alternatif iaitu jalan menuju ke tempat penurunan dan pengambilan pesakit di Bahagian Pesakit Luar Hospital RIPAS, berhampiran dengan Jabatan Kecemasan.

    Kerja-kerja penurapan jalan itu akan memberikan kesan minimum kepada pengguna jalan yang terjejas, walau bagaimanapun pihak kementerian mengingatkan para pengguna jalan berkenaan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan itu dan mematuhi arahan kakitangan yang bertugas serta papan tanda jalan.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama serta kesabaran orang ramai ke arah itu adalah sangat-sangat dihargai.

    Jalan menuju ke Jabatan Kecemasan, Hospital RIPAS akan ditutup sementara. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KESIHATAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...