Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara jalan di kawasan Dermaga, Pekan Bangar

    TEMBURONG, 28 JUN – Jalan di kawasan Dermaga, Pekan Bangar, Daerah Temburong (rujuk peta) akan ditutup sementara bermula petang 30 Jun hingga tengah hari 1 Julai.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan kepada orang ramai terutama para pengguna jalan raya bahawa penutupan sementara itu adalah untuk memberi laluan bagi persediaan upacara menaikkan bendera besar negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76, bagi Daerah Temburong, yang akan diadakan pada 1 Julai.

    Menurut JKR, jalan tersebut akan dibuka kembali seperti biasa pada jam 12 tengah hari, 1 Julai.

    Pihak JKR turut mengingatkan kepada para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123 / Livechat 8333123, Facebook, Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel, pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda