Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara Jalan Gadong Estate

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Gadong Estate bermula esok hingga 31 Januari.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 7:30 pagi hingga pukul 7:30 malam, tertakluk kepada keadaan cuaca, itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian simpang bagi pemasangan lampu isyarat.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan sebahagian Jalan Gadong Estate yang akan ditutup sementara. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda