Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian Jalan Setia Diraja, Kuala Belait secara berperingkat bermula esok pada pukul 9 pagi.
JKR menerangkan bahawa penutupan sementara berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Jalan Setia Diraja dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


