Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Utama Berakas berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan 10 Utara bermula 10 hingga 12 Jun dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan untuk dilaksanakan.
Sehubungan itu, JKR ingin menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan tersebut.


