Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara pusat vaksinasi, swab

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pusat-pusat vaksinasi COVID-19 dan beberapa pusat swab pandu lalu akan ditutup sementara esok.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa Perkhidmatan Pusat Swab Pandu Lalu BRIDEX, Jerudong; Pusat Swab Pandu Lalu Pusat Insani dan pusat-pusat vaksinasi COVID-19 akan ditutup bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

    Bagi maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 pada bila-bila masa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda