Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT- Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Bunga Kuning, Seria pada 10 Oktober bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga kerja-kerja selesai, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Penutup tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan itu untuk dilaksanakan.
Pihak JKR turut menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


