Wednesday, February 26, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kecil Tanjong Langir, Kampung Kulapis, Daerah Brunei dan Muara bermula esok hingga 15 Jun.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa penutupan sementara dari pukul 7 pagi hingga 5 petang berkenaan adalah untuk kerja-kerja pembaikan jalan di beberapa lokasi di Simpang 1761, Jalan Kecil Tanjong Langir.

    Sementara itu, di Lebuh raya Tutong-Telisai pula akan mengalami penutupan sementara separuh jalan yang akan bermula pada 25 Mei hingga 3 Jun dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

    Penutupan itu adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya menuju ke Jejambat Bukit Beruang dan Jambatan Sungai Penyatang berdekatan Perpindahan Bukit Beruang.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan tersebut.

    Lokasi kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya menuju ke Jejambat Bukit Beruang dan Jambatan Sungai Penyatang berdekatan Perpindahan Bukit Beruang.
    Lokasi kerja-kerja pembaikan jalan di Simpang 1761, Jalan Kecil Tanjong Langir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda