Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di persimpangan Lampu Isyarat JT1, Lebuh Raya Muara-Tutong bermula kelmarin hingga 21 Jun.
JKR menerangkan bahawa penutupan sementara dari pukul 11 malam hingga 4:30 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca, itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan loop sensor di lampu isyarat JT1, persimpangan Lebuh Raya Muara-Tutong/Jalan Sungai Basong (Tutong Kem).
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.