Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan berasingan telah memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di beberapa lokasi di Daerah Brunei dan Muara, Belait dan Tutong.

    Di Daerah Brunei dan Muara, penutupan sementara dan lencongan jalan akan dilaksanakan di kawasan berhadapan kedai runcit Seri Yasra Enterprise Sdn Bhd hingga Simpang 795 Jalan Gadong Kampung Jangsak bermula esok.

    Penutupan yang bermula dari pukul 9 malam hingga 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca itu, adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan jejantas berhadapan Masjid Jubli Perak Kampung Jangsak.

    Di Daerah Belait, sebahagian jalan di Jalan Mckerron dan Jalan Nakhoda Ragam di Kuala Belait akan ditutup sementara bermula pukul 3 pagi esok sehingga kerja-kerja menaik taraf paip pembetung di jalan berkenaan siap dilaksanakan.

    Manakala itu, di Daerah Tutong, sebahagian lorong jalan di Lebuhraya Tutong-Muara (kawasan ke Sengkarai) akan ditutup sementara bagi kerja-kerja backfilling bagi pembinaan akses ke Jalan Kecil Sengkarai melalui Lebuhraya Tutong-Muara.

    Penutupan akan bermula esok dari pukul 8:30 pagi hingga 6:30 petang sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan, menggunakan jalan lencongan dan sentiasa berhati-hati di kawasan-kawasan berkenaan.

    Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda