Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt- Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Tutong, Kampung Sengkarai, Lebuh raya Tutong-Telisai (Hala Telisai) bermula 10 hingga 13 Oktober dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.

    Penutupan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.

    JKR turut menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi kerja-kerja penyelenggaraan di jambatan Sungai Tutong, Kampong Sengkarai, Lebihraya Tutong-Telisai (Hala Telisai) – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda