Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J47 iaitu Jalan Mulaut-Limau Manis / Jalan Kilanas-Mulaut Simpang 228 bermula hari ini hingga 5 November.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca, berkenaan adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pemotongan jalan bagi loop sensor.
Sehubungan itu, jabatan tersebut menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


