Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Damuan, Jalan Bengkurong Masin bermula esok hingga 11 November.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 10 malam hingga 5 pagi itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja penurapan asfalt di jambatan itu. Sehubungan itu, jabatan itu menasihatkan kepada para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/11/P4-4A_01112023.jpg)