Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa separuh Jalan Muara berhampiran Pusing Keliling Berakas akan ditutup sementara pada 30 dan 31 Disember.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JKR menjelaskan bahawa penutupan yang akan bermula pukul 8 pagi itu adalah bagi kerja-kerja pemasangan subsoil drain.
Sehubungan itu, para pengguna jalan dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan mematuhi papan tanda arah jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.
