Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh jalan bermula hari ini hingga 28 November

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Brunei Jalan Penghubung Junjongan bermula 23 November hingga 28 November dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 5:00 petang.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Penutupan sementara separuh jalan di jambatan Sungai Brunei, Jalan Penghubung Junjongan. – Gambar serahan JKR

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda